ikanpirana

Jumaat, 26 Mei 2017

MAKSUD/DEFINISI PENGURUSAN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)

DEFINISI PENGURUSAN
Pengurusan merupakan proses yang melibatkan fungsi-funsi perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan kawalan dengan mengunakan sumber manusia, kewangan, bahan dan peralatan. Pengurusan melibatkan proses merancang, mengorganisasi, memimpin serta mengawal dalam mencapai objektif organisasi.
FUNGSI PENGURUSAN
Empat fungsi pengurusan:
Perancangan (planning)
Perancangan adalah asas pengurusan yang lain untuk menentukan matlamat organisasi serta tindakan-tindakan susulan yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut.
Pengorganisasian (Organizing)
Proses yang mengatur serta menyelaras tugas-tugas dan sumber organisasi untuk melaksanakan pelan tindakan bagi mencapai matlamat.
Kepimpinan (Leading)
Proses yang mempengaruhi dan memotivasikan pekerja untuk melakukan kerja agar matlamat tersebut dapat dicapai.
Pengawalan
Proses ini melibatkan penelitian prestasi dalam organisasi dan proses mengambil tindakan pembetulan (jika perlu) untuk memastikan matlamat tersebut dapat dicapai.