SEJARAH KEDATANGAN JEPUN
DI TANAH MELAYU
Sejarah penjajahan jepun
ke Tanah Melayu merupakan satu pertempuran yang agak singkat walapun begitu
pertempuran tersebut sangat sengit dan merupakan satu titik perubahan di antara
pemerintahan British kepada pemerintahan Jepun. Pada awalnya, orang Melayu
tidak terfikir akan pemerintan ini jatuh ke tangan bangsa-bangsa lain melainkan
orang kulit putih (British). Pemerintahan ini pada sebelumnya, membabitkan
Negara-negara Komanwel, iaitu terdiri daripada British, India, Australia dan
penduduk Melayu daripada pasukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan tentera Jepun
yang mana bermula sejak 8 Disember 1941 sehinggalah 31 januari 1942 iaitu
semasa berlakunya perang dunia ke-2.
Tanah Melayu telah diserang oleh Jepun pada 8 Disember 1941, yang
mana jepun telah menyerang Tanah Melayu dengan melancarkan serangan amfibi
(Operasi yang melibatkan serangan cepat) berlokasikan di pantai utara Tanah
Melayu (Kota bharu) dan sehinggalah pantai timur Tanah Melayu. Pendaratan Jepun
di Pattani dan Singapore dan di Thailand, dengan pendaratan tersebut, tentera
Jepun melalui jalan darat dengan melentasi sempadan Malaysia-Thailand untuk
menyerang Tanah Melayu. Serangan jepun ke atas Tanah Melayu telah dibantu oleh
pemuda-pemuda kesatuan melayu muda yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob. Perana
kesatuan melayu muda pada ketika itu adalah sebagai penunjuk jalan dan juga
juru Bahasa sepanjang tahun 1941 sehingga 1942. Pada waktu yang sama, pemimpin
kesatuan melayu iaitu Ibrahim Yaakob telah mendapat latihan oleh Jepun selama
enam bulan dan juga dilantik sebagai komandan Giyuugun berpangkatkan sebagai
leftenan kolonel. Kerjasama Ibrahim Yaakob dengan jepun telah membantu pihak
jepun menubuhkan pasukan Giyuunun di semenenanjung Tanah melayu dan di
sumatera.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG IBRAHIM YAAKOB MEMBANTU
JEPUN.
Ibrahim Yaakob adalah pengasas bagi Kesatuan Melayu
Muda (KMM), dan juga merupakan tokoh politik pertama melayu yang berani
menentang pemerintah British. Kesatuan Melayu Muda ingin mencapai kemerdekaan
Tanah Melayu melalui konsep Indonesia iaitu Melayu raya/Indonesia raya. Ibrahim
Yaakob telah bekerjasama dengan pihak Jepun kerana beliau percaya bahawa Jepun
mampu memberikan Tanah Melayu kemerdekaan dan secara aktifnya Ibrahim Yaakob
membantu jepun melalui aktiviti gerakan kelima. Tindakan yang telah dilakukan
oleh Ibrahim Yaakob tersebut telah menyebabkan pihak British tidak
mempercayainya lagi dan sekaligus telah mendorong Ibrahim Yaakob berhijrah dan
menetap di Indonesia sehingga akhir hayatnya.
PENDARATAN JEPUN PADA 8 DISEMBER SEHINGGA 18 DISEMBER 1941
Pada tahun 1941, jepun telah mendarat di pantai padang
pak amat dan telah mencetuskan pertempuran hebat di antara tentera India
British dan tentera Jepun sebelum berlakunya serangan ke atas pelabuhan pearl.
Tragedi tersebut merupakan titik permulaan perang pasifik serta sekaligus merupakan
permulaan Jepun mendapat di Tanah Melayu. Walaupun pada masa itu banyak tentera
Jepun terkorban, namun setelah serangan dilakukan ke pantai, tentera British
terpaksa mengundur diri. Memandangkan pengunduran tersebut telah berlaku,
tentera Jepun telah mula bergerak dan menawan lapangan terbang kota Bharu dan
pada masa yang sama, pihak jepun juga telah menyerang Singapore, Hong Kong,
Pelabuhan Pearl melalui serangan udara.
Sehubungan dengan itu, juga pihak jepun berhasil
menawan Lapangan terbang sungai petani, butterworth dan Alor Star pada 9
Disember 1941. Seterusnya, kapal tempur HMS Prince of wales dan HMS Repulse bergerak
ke persisiran timur melayu menuju ke arah yang dipercayai tempat pendaratan
tentera jepun yang dilaporkan di Kuantan. Namun demikian, hal tersebut telah
ditewaskan oleh serangan yang dilakukan daripada Jepun dan begitu juga tentera
laut British telah ditewaskan pada masa yang singkat.
Tentera Jepun yang dipercayai mendarat ke Kota Bharu,
telah berpecah kepada dua bahagian, iaitu ke arah utara yang menuju ke Kuantan
dan arah selatan yang menuju ke sungai perak. Pada tahun 1941, satu insiden
telah berlaku di mana jepun telah mengebom Pulau Pinang. Kejadian tersebut
telah mendorong British lagi untuk berundur ke arah selatan apabila jepun
Berjaya menguasai jitra pada tahun 1941 dan akhirnya pada tahun 1941 telah meninggalkan
Pulau Pinang kepada Jepun.
BERMULANYA KEBANGKITAN JEPUN
Pemerintahan Maharaja Meiji adalah permulaan
kebangkitan jepun iaitu pada tahun 1968-1962 melalui pelancaran pemodenan dan perindustrian
dengan mengunakan Negara barat sebagai model yang dikenali sebagai “pemulihan
meiji”. Pemulihan meiji, adalah sebuah bentuk revolusi atau pembaharuan meiji,
peristiwa yang mencetuskan perubahan besar-besaran dalam struktur politik dan struktur
jepun itu sendiri yang telah berlaku pada abad ke-19 yang menyaksikan pengakhiran
zaman edo. Pemulihan ini juga, adalah merupakan tindak balas secara langsung
dalam pembukaan kapal-kapal hitam jepun yang dipimpin oleh Matthew Perry. Pemulihan
ini juga yang menyebabkan jepun mempunyai kuasa-kuasa besar pada ketika itu.
KEJAYAAN TENTERA JEPUN.
Persediaan tentera Jepun yang strategi.
Jepun telah mengumpul maklumat penting yang berkaitan dengan
pertahanan yang ada pada Singapore. Hal ini kerana, jepun telah menyedar bahawa
kekuatan pertahanan British di Singapore adalah sangat kuat untuk dilepasi dan
oleh hal yang demikian Jepun telah menyerang Tanah Melayu dari arah belakang.
Dengan memasuki melalui Kelantan yang tidak mempunyai pertahanan lengkap pada
masa itu, telah menyebabkan pergerakan tentera jepun telah menjadi mudah dan telah
menyebabkan Tanah melayu dikuasai.
Penguasaan tempat yang strategy.
Pertahanan tentera British telah menjadi lemah apabila
Jepun telah menawan kapal terbang yang terletak di Kota Bahru, Alor star dan
Taiping. Keadaan ini telah menyebabkan
Tanah Melayu mudah untuk diserang oleh tentera Jepun. Lebih-lebih lagi Jepun
telah mengarahkan pasukan tentera udara, laut dan darat dari pangkalan mereka
ke Indochina dan Siam.
Kejayaan mengalah tentera laut British.
Kejayaan jepun juga adalah disebabkan oleh kemenangan
ketika mengatasi tentera British dengan menggelamkan dua kapal perang milik
British, iaitu repulse dan prince of wales pada 10 disember 1941 yang sedang
berlayar di laut China selatan berhampiran Kuantan yang mana pada asalnya
British ingin menyekat tentera Jepun yang dipercayai akan melalui jalan
tersebut. Sejarah tenggelamnya kapal laut milik British ini, Tanah melayu terdedah
kepada serangan laut yang dilakukan oleh tentera Jepun.
Pakatan kerajaan Siam.
Jepun telah melakukan pendaratan ke Singapore sebagai
rancangan mereka untuk memujuk Negara Thai untuk bekerjasama sehingga
terjadinya sebuah perikatan diantara kedua-dua Negara tersebut pada tahun 11
disember 1941. Keadaan sebegini, telah menyebabkan tentera Jepun dapat memasuki
Tanah Melayu dengan mudah.
Semangat tentera berikat.
Pasukan tentera berikat Tanah Melayu adalah terdiri
daripada lapan bridged askar India, dua bridged askar Australia dan dua sukarelawan
orang Melayu. Di mana pasukan tersebut, terdapat tentera yang tidak mempunyai
pengalaman dalam perang seperti tentera berikat bridged askar India. Keadaan
tersebut menyebabkan Jepun menyebarkan dakwah bahawa Jepun mempunyai hasrat untuk
membebaskan Asia termasuk India daripada cengkaman jajahan kuasa barat. Perkara
tersebut, telah menyebabkan tentera India yang berperang berpaling tadah dan
memudahkan kemaraan Jepun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan